Photobucket

Utusan buat kamu

khabarkan pada dia bahawa aku...

Rindu rasanya ditarbiah,
Ditegur bila bersalah,
Di ingatkan bila terleka,
Dipujuk bila terluka,
Rindu rasanya ditanya,
Bila ada yg xkena.

Rindu pada dia yg peduli,
Dan bila cuba menyimpan rapi,
Menyembunyikan luka dan segala calar dihati,
Dia tahu dan perasan ada sesuatu,
Sebenarnya yang ingin dikongsi.

Rindu pd genggaman tangannya,
Memberi semangat saat goyah,
Rindu pada usapan tangannya di bahu,
Saat sebak menjengah,
Rindu pada kata2 semangatnya.

Tak selamanya kita kuat,
Dan tak selamanya kita boleh bersendiri,
Dan kdg2 yg kita perlukan
Bukanlah orang yg boleh memahami dan mengerti,
Tp seseorang yg boleh dipercayai utk berkongsi..~

Hearty.!

Bila hati merindu hati yang lagi satu. Hey hati,saya rindu.! Hati sy kuat cenggeng skrg. Mungkin sbb hati yg lagi satu juga sdg bermasalah. Eh hati bertabahla kalian eh =)

Bulan june!

Selamat malam. Bulan ni da masuk bulan june. Bulan sengkek org ckp. Huhu. Bulan ni baru la nk blajar hidup sendiri. Bulan ni baru la nak tau langit tu tinggi ke rendah. Bulan ni juga la baru nak tau siapa kawan dan lawan. Bulan ni pun menjadi bulan permainan emosi dan segalanya. Bulan ni menjadi kaunselor percintaan kepada kawan2 sdgkan love life sndiri pun tak terjaga sangat. Bulan ni bulan kembali ke mmu. Bulan ni pasti bosan dgn segala agenda. Bulan ni ramai member kahwen dan membuntingkan diri. Dan yang pasti bulan ni la buat aku rasa nak kahwin!!!!!! Sayang,kahwin jom! Hahahaa. Damn sy xsuke kerja. :(

Hati kering

Actually its more to sentap!

Dia lahir ke dunia...

Dia.. Lahir ke dunia ini
Sgt suci dan putih
Kiriman dari syurga
Dijaga malaikat dalam zikir zikirnya

Dia lahir kedunia
Tak pernah meminta
Takdir yang hina
Menyelimuti hayat selagi bernyawa

Dia lahir ke dunia
Tak pernah diundang
Tak pernah dinanti
Sebaliknya ketakutan menguasai

Dia lahir ke dunia
Dgn tarafnya yg dibezakan oleh manusia
Bukan salahnya bukan dosanya tapi terbeban di bahunya

Dia lahir ke dunia
Kiriman illahi, layakkah kita
Memandang hina ,sdgkn kita
Bertimpa2 dgn dosa

Dia lahir ke dunia
Di buang merata
Sudilah kita, menginjak ruang
Agar dia di beri rasa, ada yang sayang

Dreams =)

Someone has ask me before, whats ur dream. What u want in your life. And now afta 2months sty at home and doing nothing except pick up and send people to everywhere they want. I know what i want in my life. I wanna be a kindergarden teacher! I want my own kindergarden! Yargh u will said like "what? Teacher? Kindergarden?" yahaa its kindergarden. Why? Arwah umi start her job by being a kindergarden teacher. And until she's not even here with us now,her ex student will always ask bout her. Without a kindergarden teacher who us right now. The sallary might be cheaper than others job but u can get the happiness and the enjoyment while teaching them. I know its not easy to train a child. But hey lets give some moral support to me. At least i will gain an experience and lets make this as a practise to taking care and teach my own children one fine day,InsyaAllah.

Naan cheese vs PMS

Having this naan cheese at 2am is heavenly nice. Yarghh finally i got what i want. Its a great supper and going back home than sleep till now. Hello and assalamualaikum ahad yang ceria. Hoping that my PMS is gone today. Its the worse since i had my pink day in my life. Im flat. Totally flat and lost!


"Ya Allah,kau berikanlah kesempurnaan iman dan kesabaran yang tinggi kepada hambamu ini. Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui segalanya."

Tetikus

Tetikus saya rosak! Ye rosak! Brp lama awak berkhidmat dgn sy tetikus? Knp tbe2 awk xbole nak scroll down! Tetikus baek lah dgn segera. Dahla saya ni malas nk g beli tetikus baru! Pilih tetikus macam pilih pasangan hidup siap duduk bersila!

nikah gantung


Kalau ikut adat melayu, nikah gantung ni memang wujud. Nikah gantung ni juga dikenali sebagai nikah khitbah. Bermaksud, nikah tapi tak tinggal bersama untuk satu-satu masa yang dipersetujui. Tanggungan si isteri masih dibahu ayah dia selepas majlis akad nikah selesai.

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.








"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Rama rama


I wonder from where this rama rama came out! Macam dah berhari2 dia ade dlm umah.

Perubahan




Tujuan Hidup

Ada orang beritahu saya, " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Kisah kita sebegini. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."

Kadang-kadang kita terlalu asyik mengejar nikmat hidup duniawi sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa akhirat tu wujud! Kita inginkan kereta yang besar. Kita inginkan rumah yang besar. Bekerja dari pagi dan malam. Hari ke hari demi memenuhi kehendak diri. Sampai agama diletakkan di tempat yang kedua. Atau tempat terakhir sekali? Hmm.. Bekerja keras sampai solat pun entah ke mana. Bila kawan-kawan ajak buat kebaikan. Kita tolak. Alasannya, kita busy. Busy study. Busy mencari duit.

Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti.

Mata dan Air

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.

Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

Hidayah

Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..

Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)

Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

Tekanan dan dukacita

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa.

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Namun, kita perlu yakin tanpa syak bahawa Allah benar-benar mengetahui segalanya. Dia Maha Mengetahui antara yang hitam dan putih, antara yang bersih dan kotor. Dia Mengetahui siapa hambaNYA yang bertaubat, siapa pula hambaNYA yang keras jantung hati. Penilaian Tuhan sentiasa adil tanpa kekurangan.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

White color

Am i too complicated to understand? This morning someone bbm me and ask whats my fav color. Actually i dont hve a specific color to be my fav color. Yes i do love pink color but when i think back,i dont have a lots of pink shirt or baju kurung. I hve a lots on white. Yargh white! I do love white. Thats y my phone is white color :)

The reason y he ask my fav color is to know bout me. Erkk truly honestly dont try to understand me. Im a person who will never make others person understand me well. I will talk to u but i dont think i will share everything with u like i share everything with someone. Yarghh i was hard to put a trust on people except for certain people which im pretty sure can understand me. Im only sharing with person i can trust and that person must be so important in my life. Thats all. Full stop.

And please dont try to be a sweet talker to me. Its closed and i dont like someone which always playing around. Im tired. Im 26. This is the time to think bout future and what will happen next!

Thank you :)

26....~

Morning! This is funny k. Fay ambush with a question "r u engage kak nana?". What make u ask like that fay? Than she said,"mama told that kak nana was going to kursus kahwin". Oke now i feel like i wanna slap my forehead! Now i know,going to kursus kahwin is meaning that u r getting married in a short time.! The next question is,when will u get married kak nana? Seriously if u ask me a month before i know the answer. I can give u the answer. But now,i dont know fay! Its out of my mind. Things is not working like what ive planned before. This is hurt fay. So stop asking when oke. But seriously i wanna get married this year! Im 27 next year. Well it just a number but i hate being alone for so long and i need someone to be with me for the rest of my life to guide me and be my soulmate in no matter whatever condition just like umi. I hope one fine day,everything will be back as normal again. InsyaAllah. *hugs u*

semua isi hatimu







Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


"Bila Hati itu Bertulang."

Feeling..!



Ice cream penyedap rasa



Susah ke tuk faham hati org lain.
Susah ke tuk terangkan apa yang pincang.
Susah ke tuk kembali seperti dulu.
Susah ke keadaan sekarang.
Susah ke semua orang bl sy xkawen lg.
Susah ke sy bl menyusahkan semua orang.

Ye sy mls tuk berfikir ttg mereka semua. Biarkan mereka berfikir sendiri dan membuat kesimpulan tersendiri. Saya tak mampu untuk membalikkan hati dan perasaan. Saya juga tak mampu tuk menahan mulut mahupun fikiran orang.



Somehow,i miss having this with u...~



Kawan


Terima kasih sbb sudi bersusah bersenang bersama selama lebih 15thn :)

Sampai pergi kursus kahwin pun bersama. Hey ladies please jgn kawen on the same date please.
Semoga krg bahagia slamanya. Pergaduhan kadang2 membuat semakin rapat tapi mengalah la eh tuk kebaikan bersama.

Till death i love u so much ladies! And also to mr.soulmate,i love u lillah hitaala. May we end together till jannah. InsyaAllah. :)

Perkahwinan itu indah.

Bilah lidi di ikat sedikit,
Ikatan kuat teluka jari,
Iidah sndri lg tergigit,
Inikan pula sesama psgn sendiri.



"cintai aku sepenuh hatimu walaupun aku bukan bintang yang terang..~"